ETIKA PROFESIONAL
DEFINISI ETIKA
1. Berasal daripada perkataan Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu ETHOS (sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan);(Garner, 1986 ).
2. Suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan betul dan salah (Bauman, 1987).
3. Sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral. Bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu baik atau buruk (Iwabuchi, 1990).
4. Suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul (Uthman, 1986).
DEFINISI MORAL
1. Berasal daripada perkataan Inggeris (moral) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu MORAS (adat dan kebiasaan). Ia adalah idea umum yang diterima oleh masyarakat tentang sesuatu tingkah laku yang baik dan buruk oleh manusia (Garner, 1986 ).
2. Kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku yang baik atau jahat. Etika dan moral berbeza dari segi sebutan tetapi membawa erti yang satu. Etika lebih bersifat teori dan moral lebih bersifat amalan (Shaw, 1991).
DEFINISI AKHLAK
1. Iaitu budi pekerti, watak, pegetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau jahat (Kamus Dewan, 1984).
2. Berasal daripada perkataan Arab KHULUQUN yang bermaksud budi pekerti dan tabiat (Uthman, 1984).
3. Ilmu yang menentukan batas baik dan buruk, lahir dari batin yang bersumberkan wahyu (Al Quran) dan As Sunnah (Mustafa, 1996).
PROFESION, PROFESIONAL DAN PROFESIONALISME
1. Profesion : difahami sebagai pekerjaan.
2. Profesional : orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya.
3. Profesionalisme : tahap kecekapan dan akauntabiliti yang seharusnya didukung oleh seseorang profesional.
4. Martin & Schiuzer (1996) : Profesion dan profesional hanya boleh digunakan untuk bidang pekerjaan tertentu yang mempunyai kriteria berikut :
• Ilmu pengetahuan : pengetahuan dan kemahiran tinggi (know how).
• Latihan intensif dan berterusan : belajar hingga ke IPT seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain.
• Perkhidmatan penting untuk masyarakat : diperlukan masyarakat setiap masa, segenap lapisan, di semua kawasan.
• Badan Profesional : Di Malaysia – Doktor (Persatuan Perubatan Malaysia), Peguam (Majlis Peguam Malaysia), Jurutera (Lembaga Jurutera Malaysia), Arkitek (Pertubuhan Arkitek Malaysia), Akauntan (Institut Perakaunan Malaysia).
• Pensijilan (pentauliahan) : perlu mendapatkan sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh Badan Profesional masing-masing.
• Bersifat autonomi : membuat keputusan penting dalam hal-hal berkaitan profesionnya.
PROFESIONAL
1. Profesional terbahagi 2
i. Profesional Perunding : bekerja sendiri.
ii. Profesional Bergaji : bekerja dengan majikan.
2. Etika profesional
i. Alat kawalan sosial terhadap gol profesional.
ii. Etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh profesional mengikut profesion masing-masing.
iii. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari.
iv. Tujuan etika diadakan adalah untuk mengekalkan intergriti moral seseorang profesional itu.
3. 3 isu yang dikaitkan dengan kajian etika profesional :
i. Memberi perkhidmatan tanpa diskriminasi.
ii. Hubungan di antara profesional – pelanggan.
iii. Kesan tingkah laku profesional terhadap pelanggan.
4. Secara kususnya etika profesional menekankan perkara berikut :
i. Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar secara berterusan.
ii. Mengelak daripada berlakunya konflik antara kepentingan diri dengan masyarakat.
iii. Mengelak penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk kepentingan diri.
5. Perubahan yang dialami oleh golongan profesional :
i. Pengamalan secara individu bertukar kepada secara berkumpulan.
ii. Penggunaan ilmu dalam satu disiplin bertukar kepada pelbagai disiplin ilmu.
iii. Perkhidmatan secara percuma kepada secara berbayar.
iv. Peluang penilaian daripada rakan semakin bertambah.
v. Kebersendirian dalam hubungan profesional-klien mula berkurangan.
6. Kepentingan kajian etika professional
i. Menyedarkan gol profesional tentang kepentingan amalan etika dalam profesion mereka.
ii. Mewujudkan autonomi moral iaitu kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai dengan asas kemanusiaan.
iii. Membina kemahiran tertentu yangg membantu profesional mengikuti langkah-langkah tersebut dengan lebih yakin.
PEMIKIRAN DAN TEORI ETIKA
TEORI TELEOLOGIS
1. Berasal daripada perkataan Yunani ‘telos’ (tujuan atau akibat).
2. Diasaskan oleh Bentham (1832) dan Mill (1873).
3. Tindakan dianggap betul jika bawa akibat dihajati iaitu kebaikan.
4. Sebelum melakukan sesuatu tindakan perlu fikirkan akibat baik dan buruk.
5. Ada 2 aliran :
i. Aliran utilitarianisme tindakan :
• tindakan yang bawa kesan baik lebih besar daripada kesan buruk.
• eg: mencuri roti untuk diberikan kepada pengemis yang kelaparan.
ii. Aliran utiliarianisme peraturan :
• tindakan dianggap betul jika selari dengan peraturan sedia ada.
• eg : elak ambil rasuah kerana kesannya tidak baik kepada penerima (boleh ditangkap berdasarkan peraturan / undang-undang).
6. Kelemahan teori teleologis :
· Memerlukan kita mencari dan menentukan semua akibat daripada sesuatu tindakan atau peraturan.
· Sukar menilai sesuatu akibat kerana tidak boleh meninjau masa hadapan.
· Ramai tiada pengetahuan yang cukup untuk menilai apa yang mendatangkan akibat baik atau buruk daripada sesuatu tindakan.
TEORI DEONTOLOGIS
1. Berasal daripada perkataan yunani ‘deon’ (diharuskan atau diwajibkan).
2. Diasaskan oleh Kant (1804).
3. Tindakan berasaskan tangungjawab dan bukan kesan daripada sesuatu tindakan.
4. Betul atau salah ditentukan oleh pegangan seseorang berdasarkan ajaran agamanya.
5. Mesti sentiasa buat baik dan jangan fikirkan kesan sesuatu tindakan kepada diri atau orang lain.
6. Kelemahan Teori Deontologis :
· Kita tidak boleh ketepikan secara langsung kesan sesuatu tindakan kita.
· Kita tidak dapat buat garis panduan untuk halang pertimbangan akibat sebelum ambil sesuatu tindakan.
· Apakah faedah sesuatu tindakan jika tidak boleh membawa kesan baik kepada diri, org lain atau kedua-duanya.
TEORI HAK ASASI
1. “Sesuatu tangungjawab perlu dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”.
2. Diasaskan oleh John Locke ( 1704 ).
3. Setiap manusia ada tangungjawab terhadap orang lain kerana orang lain ada hak yang sepatutnya dihormati.
4. Kelemahan Teori Hak Asasi :
· Terlalu fokus kepada hak kebebasan yang individulistik.
TEORI KEPERIBADIAN MULIA
1. Diasaskan oleh Arsitotle ( 332 sm ).
2. Kebaikan dianggap sebagai kecenderungan mencari ‘Golden Mean’.
3. Ada 4 kebaikan :
i. Kebaikan diri sendiri.
ii. Kebaikan untuk masyarakat.
iii. Kebaikan kepada kumpulan.
iv. Kebaikan kemahiran.
4. Keperibadian mulia dikaitkan dengan :
· Integriti.
· Kejujuran.
· Pertimbangan.
· Menghormati diri.
· Rasa tangungjawab.
KEGUNAAN TEORI ETIKA
1. Menyelesaikan dilema etika.
2. Mengenalpasti obligasi etika.
KESEDARAN ETIKA
Unsur2 utama kesedaran etika
1. Kemutlakan kewajipan
i. Manusia suka baik dan benci yang buruk.
ii. Kewajipan : tiada tawar menawar, tidak berdasarkan untung/ rugi, senang/ susah (MUTLAK).
iii. Perlu pengorbanan kepentingan, keinginan & perasaan.
iv. Kebaikan / keburukan itu tidak tersembunyi atau perlu dicari, tetapi :
· Kewajipan buat baik kepada semua.
· Melakukan keadilan kepada semua.
2. Kerasionalan
i. Etika bukan bersifat perasaan atau emosi tetapi merupakan satu pernyataan. eg: pinjam wang, mesti pulangkan.
ii. Diterima akal, bersifat umum, difahami dan dipersetujui oleh semua.
iii. Nilai itu diterima umum. eg : durian itu sedap.
iv. Satu nilai sahaja yang diterima : baik atau buruk.
3. Kebebasan pelaku
i. Pelaku berhadapan dengan kewajipan yang perlu dilakukan.
ii. Penting buat keputusan (bebas boleh laksanakan atau tidak).
iii. Keputusan muktamad pada diri sendiri.
iv. Kemampuan bertindak tanpa paksaan.
v. Jika buat kerana org lain maka dipanggil PERANGKAP ETIKA.
vi. Ianya dianggap hak autonomi (kuasa mentaati diri sendiri / disiplin).
vii. Kebebasan & tanggungjawab berkait rapat (mengurangkan tangunggjawab – mengurangkan kebebasan).
PERANGKAP ETIKA
1. Satu kepercayaan seseorang yang mematuhi sesuatu peraturan kerana orang lain.
2. Kebebasan seseorang terhalang.
3. Persoalan yang ditekankan ialah :
- “ mengapa kita melakukan sesuatu itu daripada apa yang dilakukan “
- eg : memberi derma kepada anak yatim kerana adalah salah untuk mementingkan diri sendiri.
- eg : pergi gotong royong membersihkan kawasan taman perumahan kerana adalah tidak baik hidup memencilkan diri.
4. Mungkin apa yang dilakukan betul dan baik tetapi mengapa kita lakukan janganlah kepada “ nanti apa yang orang lain kata”.
5. Sepatutnya ia lahir daripada kesedaran dan tangungjawab etika yang datang dari diri sendiri.
Kesedaran Etika Ynag Tinggi
1. Menyedari sebagai satu kewajipan.
- sendiri sedar bukan disedarkan oleh orang atau faktor lain.
2. Betul dari segi niat, tujuan dan cara.
3. Bersungguh-sungguh elak keburukan dan berusaha lebih buat kebaikan.
- tolong hingga selesai dan tidak separuh jalan sahaja.
4. Berprinsipkan “ jangan buat apa yang kita tidak suka orang lain buat kapada kita”.
5. Jangan harapkan balasan daripada kebaikan yang dilakukan.
- buat dengan ikhlas.
6. Terima dengan tenang segala kesusahan dan keburukan yang menimpa.
- Redha.
Kesedaran Etika Yang Tidak Mencukupi
1. Legalisme : bertindak hanya ikut peraturan atau kebiasaan.
- eg : pakai tali pinggang keledar kerana takut polis.
2. Melihat perlakuan lahir sahaja : maksud, tujuan dan niat juga penting.
- front stage & back stage.
3. Tidak merealisasikan maksud baik : maksud baik yang dilaksanakan tetapi hanya merupakan satu keinginan (tiada ertinya).
4. Menganggap tindakan moral sebagai soal peribadi dan bukan soal bersama.
- eg : merompak bank, dadah.
- etika hak semua orang dan bukannya hak peribadi
- eg : ikut peraturan main bolasepak dan tidak boleh buat sesuka hati.
5. Anggap soal etika sebagai satu perkara sensitif.
- tidak berani menegur kesalahan kawan.
No comments:
Post a Comment