Monday, January 11, 2010

Melepa - Kaedah mengawal mutu kerja

Kerja melepa (plastering) memang merupakan satu kerja yang sangat penting dalam kerja kemasan. Selain harga yang agak tinggi kualiti kerja perlu dititik beratkan, termasuklah kerataan pada suduk tegak dan melintang. Terdapat pelbagai kaedah dalam kerja melepa sekarang ini. Tetapi yang paling penting adalah permulaan kerja melepa. Sejauh mana kita mengawal kerja tersebut bermula dari awal. Proses menanda adalah satu kaedah dlam mengawal mutu kerja melepa. Kaedah yang digunakan adalah berlainan di setiap projek. Ini berdasarkan pengalaman pekerja ditapak bina. Antara kaedah yang paling senang adalah menggunakan laser.

Laser 4 penjuru

Bermula dengan satu sudut atau kebiasaan nya bermula dengan sisi muka pintu, kerana keranka pintu (door frame) sememangnya adalah bergalis lurus. Dengan melakukan off-set, satu garisan panjang menggunkan benang dapat dibuat. Dari garisan yang pada benang itu, laser akan diletakkan di atas garisan benang supaya salah satu garisan leser akan tepat-tepat berada pada atas garisan benang, dan secara automatik satu lagi garisan 90 darjah akan diperoleh.
Garisan benang pertama off-set dari pintu

Garisan 90 darjah tersebut kemudian akan ditanda menggunakan benang kedua. Dengan menggunakan alat laser 4 penjuru (melintang dan menegak) secara automatik kita dapat mengukur secara automatik paras (level) tingkap dan pintu secara tepat. Jika tersilap, kerja membaiki dapat dilaksanakan.


Garisan kedua 90 darjah

Garisan melintang tepat pada kerangka pintu (frame pintu)

Setelah 2 garisan pada lantai diperoleh berdasarkan satu garisan tegak kawalan (control piont) iaitu garisan pada kerangka pintu tadi, setiap dinding akan dioff-setkan dari 2 garisa tadi. 3 titik (point) dipilih untik setiap dinding dan ditanda dengan paku. Dari ke-3 titik tersebut benang ditarik secara bersilang dan ditanda dengan mortar untuk mendapatkan permukaan yang tegak dan rata. Beberapa tanda (motar) dilakukan pada permukaan dinding tersebut. dan proses ini akan berulang untuk kesemua idnidng dalam setiap projek yang dijalankan.

3 point dipilih dan dipakukan


Motar digunakan untuk mendapatkan permukaan yang cantik
Blog Widget by LinkWithin