Thursday, July 1, 2010

Etika - Prinsip Nilai Hidup Manusia

PRINSIP NILAI HIDUP MANUSIA

1. Nyawa sangat berharga (jangan ambil nyawa orang lain / diri sendiri).

2. Hormati kematian walaupun musuh kita.

Prinsip Kebaikan Dan Keburukan

1. Galakan membuat kebaikan dan ketepikan keburukan.

2. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan.

3. Baik itu bermaksud kehidupan, kesedaran, keseronokan, kebahagian, kebenaran dan lain-lain.

Ciri-Ciri Sistem Etika Yang Berkesan

1. Bersifat konsisten : tetapi tidak terlalu rigid dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.

2. Berbentuk universal : diterima dan diamalkan oleh semua.

3. Boleh diajar kepada semua manusia dan dikuatkuasakan dengan berkesan.

4. Berdasarkan pemikiran yang rasional : tetapi tidak bermakna mengetepikan langsung soal emosi dan perasaan.

5. Boleh dan mampu selesaikan masalah-masalah dalam kehidupan manusia khususnya dalam perkara-perkara berkaitan konflik dalam tangunggjawab dan obligasi.

TANGGUNGJAWAB MEMBERIKAN PERKHDIMATAN

1. Setiap profesional bertanggungjawab memberi pekhidmatan yang sama kepada semua tanpa mengira agama, kaum, warna kulit, status, ideologi dan lain-lain.

2. Sebab-sebab profesional patut beri kesamaan peluang :

a) Mereka sebahagian ahli masyarakat

· Kepakaran yang ada sepatutnya dikongsi bersama.

· Kebanyakan profesional berjaya kerana bantuan kerajaan.

· Mereka wajar membantu masyarakat pula.

b) Undang-undang membenarkan mereka memonopoli perniagaan berkaitan kemahiran mereka

· Orang lain tidak boleh melakukan bidang tugas atau guna gelaran mereka.

· Contoh : jururawat tetap jururawat dan tidak boleh dipanggil doktor sebab tiada ijazah bidang tersebut walau pun tugasnya sama merawat pesakit.

c) Tidak semua pelanggan ada kemampuan untuk bayar lebih kos perkhidmatan mereka

· Mereka patut mengambil kira orang yang memerlukan perkhidmatan mereka walau pun kurang mampu.

· Contoh : doktor pakar yang mengenakan caj rawatan dan perkhidmatan yang tinggi.

d) Perkhidmatan diperlukan oleh semua orang tanpa kira warna kulit, agama dan lain-lain.

· Profesional tidak boleh pilih ‘bulu’.

· Kena melayan secara adil walaupun bukan dari kaumnya yang memerlukan perkhidmatan mereka.

e) Perkhidmatan diperlukan di semua kawasan

· Kena beri khidmat walaupun di kawasan pedalaman.

· Perang, kawasan penyakit, merentasi sempadan negara.

· Di Malaysia, kerajaan memberi khidmat kesihatan walaupun di kawasan terpencil.

Halangan kesamaan peluang yang disebabkan oleh faktor ekonomi

1. Monopoli

· Ketara dalam bidang tertentu seperti perubatan dan guaman.

· Orang lain tidak boleh memberi perkhidmatan tersebut kerana tiada tauliah atau kelulusan dalam bidang tersebut.

· Ini menyebabkan pelanggan tidak boleh medapatkan perkhidmatan yang sama daripada orang yang tiada tauliah walaupunpun ada kemahiran tetapi tiada kelulusan bidang berkenaan.

2. Bayaran perkhidmatan

· Pelanggan terikat dengan 4 jenis bayaran:

i. Bayaran mengikut jadual.

§ Untuk elak kerja tidak sempurna.

§ Eg. Kerja di kalangan jurutera.

§ Bayaran ini tidak memungkinkan pelanggan menukar khidmat profesional yang lain.

ii. Bayaran secara kontigensi.

§ Bayaran kontigensi – biasanya di kalangan peguam.

§ Bayaran selepas sesuatu kes selesai.

§ Biasanya kes tuntutan ganti rugi atau kemalangan.

§ Bayaran ikut % jumlah tuntutan.

iii. Bayaran agihan.

§ Antara profesional dengan profesional lain.

§ Di dalam kerja yang kompleks seperti projek perumahan.

§ Kerja diagih di antara jurutera, arkitek, peguam.

§ Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan pasti melibatkan kos semua profesional tersebut.

iv. Bida kompetetif

§ Bayaran ikut tender.

§ Tawaran harga terendah akan berjaya.

§ Dikhuatiri perkhidmatan tidak seperti mana bayaran harga tinggi.

PUBLISITI PENGIKLANAN DAN RUNDING CARA

1. Tiada halangan atau galakan untak mencari publisiti, namun ada batasan :

i. Tidak digalakkan membujuk (yang boleh mengelirukan pelanggan)

§ Eg: “pembedahan yg dijamin selamat.

ii. Tidak boleh membuat sesuatu yang tidak realistik

§ Eg: “ubat penawar HIV dan SARS”.

iii. Tidak digalakkan menunjukkan keberkesanan perkhidmatannya

§ Eg: “ A terlepas dari hukuman gantung, B terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup: Oleh peguam Z”.

2. Amalan runding cara sering berlaku terutama dalam bidang guaman dan perakaunan.

3. Ada akauntan membawa keluar bakal pelanggan makan dan terangkan perkhidmatan mereka.

4. Amalan ini dipanggil ‘ mengejar ambulan’.

Eg: Peguam hubungi bakal pelanggan yang ditimpa kemalangan dan cadangkan cara membuat tuntutan atau mendapatkan pampasan.

5. Masalah etika.

ie ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

6. Ada percanggahan pendapat mengenai isu pengiklanan:

i. Penyokong: iklan membolehkan pelanggan buat pilihan terbaik.

ii. Penentang : Iklan menyebabkan persaingan tidak sihat dan penawaran kualiti rendah.

MASALAH AKIBAT PENGKHUSUSAN KEPAKARAN

1. Ramai bertumpu pada satu bidang (yang dirasakan banyak memberi keuntungan).

· Eg. Peguam komersial lebih untung daripada peguam kes.

2. Kurang yang mahu jadi pengamal umum.

· Eg : buka klinik swasta lebih untung daripada kerja dengan kerajaan.

3. Keberkesanan perkhidmatan profesional menjadi pengamal bersendirian berkurangan.

· Tubuhkan syarikat perkongsian atau ada banyak cawangan (seperti pejabat guaman).

4. Kos perkhidmatan meningkat.

· Pelanggan terpaksa bayar lebih kos yang didakwa sebagai pakar dalam sesuatu bidang.

MELAYAN PELANGGAN TANPA ETIKA

1. Ada pelanggan yang tidak beretika mahukan perkhidmatan yang beretika.

Eg : mahu elak cukai dan manipulasi akaun.

2. Profesional berhak menolak permintaan seperti tersebut tetapi dalam kes tertentu terpaksa akur seperti peguam yang diarah kendali sesuatu kes.

3. Persoalan yg timbul :

i. Patutkah layan pelanggan seperti di atas?

ii. Dalam keadaan bagaimana boleh tolak sesuatu pelanggan.

iii. Jika ditolak, pelanggan itu diserahkan kepada siapa?.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin