Thursday, July 1, 2010

Etika - Obligasi Kepada Pelanggan/Klien

OBLIGASI KEPADA PELANGGAN/KLIEN

HUBUNGAN PROFESIONAL / PELANGGAN

1. Ada 5 model etika hubungan profesional-pelanggan iaitu:

  1. Model Agensi

i. Menekankan bahawa autoriti membuat keputusan adalah di tangan klien.

ii. Profesional memberi perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang dihajati oleh pelanggan.

iii. Sesuai untuk profesion guaman tetapi kurang sesuai untuk akauntan (manipulasi akaun).

iv. Kelemahan model ini ialah menganggap klien mempunyai cukup pengetahuan untuk memberi arahan kepada profesional.

v. Menggalakkan profesional tidak menghiraukan kepentingan pihak lain (pihak ke-3).

  1. Model Kontrak

i. Autoriti dikongsi bersama profesional dan klien.

ii. Kontrak berdasarkan persetujuan atau kuasa tawar menawar secara bersama.

iii. Selari dengan nilai kebebasan dan persamaan peluang.

iv. Walaubagaimanapun terdapat ketaksamaan yang ketara antara profesional dan klien seperti:

Profesional ialah golongan berkemahiran dan berpengetahuan tinggi berbanding klien.

Tumpuan klien lebih kepada nilai asas seperti kesihatan tetapi profesional tidak.

Profesional ada kebebasan samaada menjalinkan atau tidak hubungan kerana mereka mudah mendapat klien berbanding klien untuk mendapat profesional.

  1. Model Persahabatan

i. Profesional dan klien ada hubungan yang rapat berasaskan prinsip kepercayaan dan kerjasama.

ii. Walaubagaimanapun hubungan seperti sahabat kurang tepat kerana:

Hubungan tersebut satu arah sahaja iaitu tumpuan profesional ialah kepada kepentingan klien dan bukannya klien.

Tiada persamaan antara profesional dan klien kecuali mereka adalah manusia.

Tidak terdapat komitmen perasaan kerana profesional menerima klien kerana bayaran.

  1. Model Paternalisme

i. Tanggungjawab membuat keputusan diserahkan kepada profesional.

ii. Model ini menafikan kebebasan klien menentukan pilihan atas alasan:

Profesional ada pengetahuan dan kemahiran tinggi.

Dalam keadaan tertentu, klien tidak mampu memberi persetujuan sebenar.

Andaian suatu hari nanti, klien akan setuju dengan keputusan oleh profesional.

  1. Model Fiduciari

i. Autoriti dan tanggungjawab yang lebih kepada klien untuk membuat keputusan.

ii. Persetujuan dan penilaian diperlukan untuk membolehkan klien mengambil bahagian sama dalam membuat keputusan.

iii. Klien bergantung kepada kebolehan profesional.

iv. Profesional ada tanggungjawab lebih untuk merumus, merancang, menunjukkan kebaikan, keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan.

v. Model ini sesuai diaplikasikan kepada semua peringkat klien.

vi. Persetujuan klien tidak diperlukan jika melibatkan soal teknikal dan kesan yang tidak signifikan kepada klien tersebut.

Obligasi Untuk Bersikap Amanah

1. Ada 6 sikap amanah yang perlu ada pada profesional iaitu:

i. Kejujuran

Ada kalanya profesional jujur kepada klien tetapi tidak kepada pihak lain.

Tanggungjawab utama jujur ialah tidak mengambil sesuatu dari klien tanpa izin.

ii. Berterus terang

Ada kala seseorang berterus terang tetapi tidak jujur.

Sikap berterus terang melibatkan kejujuran dan pendedahan sepenuhnya.

Ada pendapat dalam keadaan tertentu dibolehkan berbohong tetapi pendapat ini sukar dipertahankan.

iii. Kompetensi

Profesional mesti kompeten (cekap) melaksanakan tugasnya.

Masalah tidak kompeten timbul apabila profesional tidak mengkhususkan dalam sesuatu bidang.

Persoalannya ialah siapa yang harus bayar kos latihan profesional yang tidak cekap.

iv. Ketekunan

Ketekunan mengelakkan kecuaian yang menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan.

Biasanya faktor masa menjadi penghalang sikap tekun di kalangan profesional.

Kecuaian akan menyebabkan masalah kepada klien.

v. Kesetiaan

Klien mengharapkan profesional boleh jaga kepentingan mereka.

Kesetiaan ini penting kepada klien tetapi ia bukan bermaksud kesetiaan melulu.

vi. Menyimpan rahsia

Melibatkan fakta dan maklumat daripada klien.

Simpan rahsia menjadi asas hubungan profesional-klien.

Ia juga dianggap menjadi keistimewaan kepada profesional dan dilindungi oleh undang-undang.

Maklumat rahsia boleh didedahkan jika ada persetujuan daripada klien.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin