OBLIGASI TERHADAP PIHAK KETIGA
1. Pihak ketiga iaitu orang lain selain daripada klien.
2. Menurut Model Agensi, profesional mempunyai obligasi kepada pihak lain selain daripada klien.
3. Obligasi ini selari dengan peranan profesional di dalam masyarakat.
4. Profesional perlu melaksanakan obligasi selari dengan nilai-nilai masyarakat.
Ketelusan
1. Iaitu obligasi yang perlu terhadap pihak ketiga, dilakukan oleh profesional walaupun tidak terjalin hubungan antara mereka.
2. Obligasi ini termasuk kesediaan mendedahkan maklumat yang mungkin boleh mengelirukan orang lain.
Tidak mencederakan orang lain
1. Nilai asas di dalam masyarakat.
2. Selalunya tindakan profesional bagi pihak kliennya selalu menyebabkan pihak lain mendapat kerugian/masalah.
3. Ini tidak dapat dielakkan tetapi penting bagi profesional memastikan tindakannya di atas landasan yang adil dan di dalam persaingan yang sihat.
4. Eg: Doktor ada tanggungjawab untuk melindungi pesakit (klien) seperti mengasingkannya daripada orang lain (pihak ketiga). Dia juga bertanggungjawab memberitahu majikan (pihak ketiga) klien.
Klien dan orang lain
1. Prinsip umum ie perlu di utamakan kepentingan klien berbanding pihak lain asalkan tidak melanggar undang-undang.
2. Persoalannya adalah bagaimana undang-undang sepatutnya menyeimbangi obligasi profesional terhadap klien dengan pihak lain.
OBLIGASI TERHADAP PROFESION
1. Kebanyakan kod etika profesion menekankan tanggungjawab untuk memberi kebaikan umum
2. Tanggungjawab kebaikan awam meliputi 3 aspek :
i. Kepimpinan sosial.
ii. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
iii. Mengekalkan dan menambahkan peranan profesion berkenaan.
PENYELIDIKAN DAN REFORMASI
1. Profesional bertanggungjawab menjalankan penyelidikan mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing.
2. Reformasi boleh dijalankan oleh golongan bukan profesional dengan bantuan daripada profesional.
3. Ada 2 persoalan pokok dikaitkan dengan penyelidikan dan reformasi oleh profesional iaitu :
i. Tidak semua profesional ada kemampuan dan minat yang sama untuk menjalankan penyelidikan.
ii. Siapa yang sepatutnya biayai penyelidikan dan reformasi tersebut.
4. Penyelidikan
i. Isu yang sering dikaitkan dengan penyelidikan ialah persetujuan daripada pihak yang terlibat.
ii. Unsur utama aspek persetujuan ialah :
· Kemampuan untuk memahami dan membuat pilihan.
· Menjelaskan alternatif yang sedia ada.
· Menerangkan dan menjangka risiko yang akan dihadapi.
iii. Nilai etika penyelidikan seperti :
· Tanggungjawab melindungi orang lain daripada kecederaan (mudarat).
· Nilai terhadap kegunaan dan faedah daripada hasil penyelidikan.
iv. Penyelidikan yang tidak berfaedah tidak harus dijalankan.
5. Reformasi
i. Banyak tertumpu dalam bidang guaman.
ii. Reformasi tidak semestinya melibatkan undang-undang tetapi mungkin dalam bentuk-bentuk peraturan secara sukarela.
iii. Tanggungjawab melaksanakan reformasi berpunca daripada kepakaran dan sifat monopoli profesional.
Menghormati Profesion
1. Perlukan profesional sentiasa prihatin dgn pandangan umum tentang profesionalnya?
2. Mendapat penghormatan ada kaitan dengan memenuhi tanggungjawab profesion keseluruhan.
Penekanan Kod Etika
1. Profesional sepatutnya beri gambaran bahawa mereka sentiasa hormat di antara satu sama lain
2. Profesional bertanggungjawab memberi maklumat tentang kecekapan dan peribadi bakal profesional yang akan masuk dalam profesion mereka.
3. Profeional bertanggungjawab memikul beban bersama untuk penuhi peranan sosial profesion masing-masing:
- Isu identifikasi profesion ( profesion dikaitkan dengan kepentingan golongan tertentu.
- Isu ini timbul kerana kegagalan sediakan perkhidmatan yang sama rata kepada semua pihak.
HAK GOLONGAN PROFESIONAL
1. Profesional yang bekerja dengan majikan mempunyai beberapa hak:
i. Hak membuat penilaian secara bebas.
ii. Hak menolak daripada melakukan sebarang tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang.
iii. Hak bercakap kepada umum tentang tugas dan tanggungjawab.
iv. Hak melibatkan diri dalam persatuan.
v. Hak melindungi klien dan awam daripada kemudaratan yang dilakukan oleh orang lain.
vi. Hak mendapatkan pengiktirafan profesional hasil kerja-kerja yang dilakukan.
MENIUP WISEL (WHISTLE BLOWING)
1. Iaitu pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut.
2. Ciri utama perbuatan meniup wisel :
• Tindakan mendedahkan.
• Bahan maklumat-maklumat itu dipercayai ada kaitannya dengan masalah etika yang serius.
• Agen – orang yang mendedahkan ialah pekerja atau sesiapa yang ada hubungan dengan organisasi berkenaan.
• Penerima maklumat–maklumat itu disampaikan kepada seseorang atau organisai yang ada kuasa untuk membuat sesuatu tindakan.
3. Panduan etika meniup wisel - Tiga keadaan membolehkan seseorang profesional meniup wisel
• Jika kesan perbuatan tidak beretika itu mendatangkan kemudaratan serius kepada masyarakat.
• Jika keprihatinannya telah diberitahu kepada pihak atasan organisasi.
• Jika pelbagai usaha melalui saluran tertentu dalam organisasi tidak berkesan.
4. Perbuatan meniup wisel menjadi obligasi moral jika:
• Keadaan itu benar-benar berlaku dan polisi syarikat adalah salah.
• Dapat dibuktikan pendedahan itu dapat menghindar masyarakat daripada mudarat.
5. Prosedur meniup wisel
• Dalam keadaan biasa mulakan dengan menggunakan saluran yang betul dalam organisasi.
• Kemukakan bantahan dengan segera kepada pihak atasan.
• Ambil kira perasaan orang yang terlibat.
• Tumpukan kepada isu dan bukan kepada individu.
• Beritahu ketua secara formal atau tidak formal.
• Dakwa dengan rekod atau dokumen yang relevan.
• Minta nasihat daripada rakan sekerja.
• Sebelum didedahkan kepada pihak luar, bincang dengan jawatankuasa disiplin organisasi.
• Minta nasihat peguam mengenai perkara yang berkaitan dgn undang-undang.
PEMANTAUAN TINGKAH LAKU PROFESIONAL
1. Secara umumnya profesional mempunyai peraturan sendiri.
2. Kawalan dan pemantauan tingkahlaku profesional dalam pelbagai bentuk.
3. Keahlian seseorang dalam pertubuhan profesional boleh ditamatkan jika berlaku pelanggaran peraturan yang ditetapkan.
4. Selain itu pihak berkuasa juga boleh menggantung atau menarik balik lesen pengamal profesional.
5. Eg: lesen amalan guaman bagi peguam.
KEMASUKAN MENJADI AHLI PROFESIONAL
1. Keahlian dalam sesuatu profesion di ambil kira kesamaan peluang (tanpa ambil kira ideologi politik, kaum, jantina dan lain-lain).
2. Seseorang yang mendapat ijazah tidak secara automatik boleh jadi pengamal bidang masing-masing.
3. Mereka perlu menjadi ahli badan profesional masing-masing dan mendapatkan lesen atau tauliah untuk menjadi pengamal persendirian.
4. Kemasukan ke dalam profesion haruslah berdasarkan kepada kompetensi.
5. Keahlian bukan hak tetapi hanya satu keistimewaan.
6. Matlamat utama diberi lesen ie untuk melindungi awam daripada perbuatan tidak beretika dan tidak kompeten oleh seseorang profesional.
7. Kriteria etika kadangkala kabur dan boleh mewujudkan prasangka dan diskriminasi.
Disiplin
1. Ada sesetengah profesion kurang beretika.
2. Masyarakat boleh kenakan hukuman kepada profesional seperti :
• Menyalahkan profesional secara terbuka.
• Pemulauan,
• Menafikan keahliannya dalam mana-mana bidang profesional.
• Mendakwa di mahkamah.
3. Kepentingan profesional dan awam selalunya tidak selari namun masih ada kepentingan bersama seperti :
• Kepentingan diri seperti kepentingan ekonomi.
• Kepentingan teknikal seperti kaedah pembinaan.
• Kepentingan budaya seperti kesihatan, keselamatan.
Autonomi Profesional
1. Dianggap ciri-ciri penentu bagi satu-satu kes dan merupakan ciri-ciri utama sesuatu profesion.
2. Ada 2 bidang autonomi profesional :
• Pembentukan dan penguatkuasaan norma-norma profesional di kalangan profesional.
• Pengurusan aktiviti profesional sama ada dalam organisasi awam atau persendirian.
3. Sebab utama profesional perlu autonomi :
• Mereka sahaja yang pakar dalam sesuatu bidang.
• Penilaian mereka perlu bebas daripada pengaruh luar.
• Memastikan kerahsiaan hubungan profesional - klien terpelihara.
PENDEKATAN BARU PEMANTAUAN TERHADAP GOL PROFESIONAL
1. Penglibatan orang biasa.
2. Penguatkuasaan yang berkesan:
• Asas kepada disiplin itu sendiri.
• Setiap profesional sepatutnya melaporkan salah laku profesional lain.
• Perlunya penyiasatan menyeluruh terhadap salah laku profesional.
• Proses dan prosedur untuk melaksanakan tindakan disiplin terhadap profesional yang tidak beretika.
3. Motivasi kepatuhan:
• Kaedah penyerapan (dalam bidang pendidikan).
• Kursus etika profesional.
• Pendidikan klinikal (ikut bidang @ profesion)
KOD ETIKA
1. Iaitu dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi untuk dipatuhi oleh ahli organisasi tersebut.
2. Umumnya kod etika profesional menekankan perkara-perkara berikut :
• Norma-norma profesional yang perlu dipatuhi.
• Akauntabiliti dan tanggungjawab profesional.
• Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan.
• Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.
• Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkahlaku yang khusus
3. Peranan kod etika
• Inspirasi dan tunjuk ajar : sediakan satu rangsangan positif terhadap tingkah laku yang beretika.
• Sokongan : sokongan positif kepada mereka yang ingin berkelakuan secara beretika.
• Halangan dan disiplin : untuk menyiasat sebarang perlakuan tidak beretika.
• Pendidikan dan kefahaman : digunakan dalam bilik-bilik kuliah dalam perbincangan isu-isu etika.
• Sumbangan kepada imej profesion : beri imej baik gol profesional yang beretika kepada masyarakat
• Mempertahankan status : membantu promosi satu peringkat persetujuan yang minimum terhadap perlakuan beretika.
4. Batasan kod etika
• Ayat-ayat di dalam kod etika terlalu umum dan kabur.
• Peruntukan pernyataan dalam kod etika berkonflik antara satu sama lain.
• Tidak boleh berperanan sebagai autoriti etika mutlak untuk kawal tingkahlaku profesional.
• Wujud terlalu banyak kod etika.
• Untuk menjamin keberkesanan kod etika, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
• Isi kandungan kod etika disebar meluas.
• Butiran kod etika masih jelas .
• Dapat menangani isu-isi pokok dgn tepat.
• Dikuatkuasakan dgn sungguh-sungguh.
• Disemak semula dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam
1. Perlu dirumus, diperjelas dan dilaksanakan sesuai dengan kehendak negara yang mahukannya menjadi cekap dan berkesan.
2. Setiap anggota perkhidmatan awam mesti faham, amalkan dan pemimpin jadi teladan kepada bawahan.
3. Perlu kaji dan fahami cabaran semasa dan diselesaikan menerusi penghayatan nilai dan etika ke arah pembinaan tamadun baru.
Kefahaman Etika Perkhidmatan Awam
1. Kefahaman penting kerana bakal menentukan arah dan beri makna kepada pemikiran, tindakan dan tanggingjawab.
2. Dapat menyatukan dan menyelaras pengurusan perkhidmatan awam sebagai institusi utama negara.
3. Penting untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti negara.
4. Sikap positif menjadi tunggak tata kelakuan perkhidmatan awam.
3 TERAS PERANAN PERKHIDMATAN AWAM
1. Beri perkhidmatan kepada raja, kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan.
• Untuk melaksanakannya, jabatan kerajaan perlu membuat rancangan, pelaksanaan dan penilaian setiap program yang dipertanggungjawabkan.
2. Menjalankan hak dan kuasa dengan penuh tanggungjawab dan berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmat.
3. Membentuk satu masyarakat yang adil dalam sistem ekonomi terbuka berpandukan kepada kepentingan awam.
4. ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
- Kandungan etika perkhidmatan dan Perintah Am.
• Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
• Pengurusan Mesyuarat.
• Pengurusan Masa.
• Memberi Khidmat kepada orang ramai.
• Perkhidmatan Kaunter.
5. Matlamat Etika Perkhidmatan Awam
• Jangka pendek : meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti pengeluaran.
• Jangka panjang : mencapai matlamat negara yang inginkan kakitangan pengurusannya beramanah dan berakhlak mulia.
6. PERANAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
i. Senjata utama capai kecemerlangan dan motivasi institusi pengurusan sepanjang masa.
ii. Pucuk pimpinan melahirkan kesedaran dan keinsafan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.
iii. Dasar dan peraturan untuk capai matlamat kemakmuran dan kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat. Antara langkah yang diambil seperti program :
• Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep.
• Perkhidmatan Cemerlang.
• Bersih, cekap dan amanah.
• Penerapan nilai-nilai Islam.
• Kepimpinan melalui teladan.
• Gerakan budaya kerja cemerlang.
• Pekeliling Penjawat Awam.
• Dasar Pandang ke Timur.
• Anugerah Kualiti Perdana Menteri.
TONGGAK DUA BELAS
ISU ETIKA DALAM PERNIAGAAN
1. Hak umum : hak untuk hidup, kejujuran, kebenaran dan kebebasan.
2. Hak untuk dilindungi : sebagai pekerja, majikan dan pengguna.
3. Hak mencari pekerjaan tanpa sekatan.
4. Hak menghormati perjanjian dan kontrak.
5. Hak peniaga : mengumpul harta, menentukan pekerja dan membuat keuntungan.
6. Hak Mendapatkan Keadilan & Kejujuran : Dalam Semua Urusan Perniagaan.
7. Hak Mencari Pengguna : Bagi Barang Keluaran.
8. Pendekatan tentang Hak dan Tanggungjawab Dalam Perniagaan:
a. Pendekatan secara pertandingan
• Istilah ekonomi bebas, survival for the fittest, dog eat dog.
• Perniagaan secara bebas tanpa campurtangan kerajaan.
• Prinsip dapatkan keuntungan sebanyak yang boleh.
• Peniaga besar vs peniaga kecil.
b. Pendekatan dikawal kerajaan
• Menolak sistem ekonomi bebas.
• Kerajaan mengendalikan ekonomi dan pedagangan.
• Tanggungjawab agihkan kekayaan kepada rakyat diserahkan kepada kerajaan.
• Banyak masalah sosial dan ekonomi dapat diselesaikan.
9. Prinsip Keadilan, Berkata Benar dan Kejujuran Dalam Perniagaan
a. Keadilan ; ada 3 bentuk iaitu keadilan pertukaran, keadilan yang diagihkan dan keadilan sosial:
i. Keadilan Pertukaran
• Libatkan soal pembayaran barangan atau perkhidmatan.
• Jika penjual dan pengguna setuju pada satu takad harga maka dikatakan berlaku keadilan pertukaran.
ii. Keadilan Diagihkan
• Berlaku semasa mengagihkan keuntungan kepada pengusaha, pekerja atau pemegang saham.
• Agihan secara adil keuntungan syarikat kepada pihak terlibat.
iii. Keadilan Sosial
• Bagaimana peniaga melayan pengguna dan masyarakat.
• Eg melindungi daripada pencemaran alam sekitar.
10. Berkata benar
• Dalam perniagaan, elakkan penipuan. Eg: harga barangan, saham syarikat kepada pemegang saham, hubungan pekerja – majikan.
• Beritahu maklumat yg betul. Eg : dalam iklan.
• Tidak tipu pengguna.
11. Kejujuran
• Libatkan perkara seperti mematuhi perjanjian, kontrak, akui kesalahan/ kerosakan produk, pemberian gaji, harga berpatutan, barangan berkualiti, tiada rasuah dalam perniagaan.
ETIKA DALAM PERKHIDMATAN
1. Ada 2 pendekatan etika dalam pengiklanan
a. Pendekatan “ the anything goes “
i. Iklan tidak paksa pengguna membeli.
ii. Iklan yang salah (palsu) tidak mengapa kerana ianya permainan perniagaan.
iii. Iklan penting dalam persaingan perniagaan.
iv. Terpulang kepada pengguna membuat pilihan bijak.
b. Pendekatan berdasarkan kenyataan:
i. Dakwaan bagi barangan peniaga mesti disokong dengan fakta atau bukti.
ii. Peniaga bebas iklan barangan tetapi tidak boleh menipu.
iii. Untuk elak penipuan, etika berikut mesti dipatuhi :
• Barangan yang tidak selamat tidak sepatutnya diiklankan sebagai selamat.
• Peniaga tidak boleh mendakwa kebaikan sesuatu barangan/servis secara tidak benar, keterlaluan, memperbesar-besarkan.
• Dakwaan dan jaminan tentang bentuk, nature, kesan dan kegunaan sesuatu barangan mesti benar dan disokong dengan bukti.
ISU ETIKA DALAM UNDANG-UNDANG
1. Ada 2 persoalan utama :
• Adakah undang-undang yang dicipta manusia dan etika sememangnya terdapat dalam kehidupan manusia?
• Adakah terdapat sebarang hubungan antara undang-undang dan etika ??
ISU ETIKA DALAM PERUBATAN
1. Isu pokok dalam perubatan ialah prinsip nilai hidup
2. Hak dan tanggungjawab dalam penjagaan pesakit/keluarga;
a. Pendekatan patenalisme
• Pesakit sepatutnya menyerahkan tugas menjaga dan merawat kepada doktor kerana mereka profesional.
• Pesakit tidak perlu campur tangan kerana tidak pakar. Mereka mesti patuh kepada keputusan dan arahan yang dibuat oleh doktor.
b. Pendekatan individualisme
• Jamin hak individu ke atas diri dan nyawa sendiri.
• Pesakit dan keluarga paling berhak buat keputusan.
• Ini kerana pesakit ada perasaan, ketahanan mental dan fizikal, emosi.
• Doktor beri cadangan, pesakit dan keluarga buat keputusan.
c. Pendekatan kerjasama :
• Pesakit dan keluarga jadi ahli utama, doktor dan pakar lain bekerjasama lakukan yang terbaik untuk pesakit.
• Pesakit dan keluarga berhak pilih bentuk rawatan.
• Doktor beri cadangan, pesakit dan keluarga buat keputusan.
3. Etika Melayan Pesakit
• Mendengar maklumat yang dikehendaki oleh pesakit.
• Elakkan bertanya soalan secara terus terang atau kasar.
• Elakkan beri maklumat tergesa-gesa
• Semasa beri maklumat, gunakan bahasa yang boleh difahami.
• Terangkan sebenar dengan jelas, tenang, penuh harapan dan secara perikemanusiaan.
• Jangan sesekali biarkan pesakit dan keluarga di dalam keadaan putus harapan. Bantu dari segi psikologi.
PERBEZAAN UNDANG-UNDANG & ETIKA
Bil | Undang-undang | Etika |
1 | Dikuatkuasakan oleh mahkamah dan hukuman dijatuhkan jika dilanggar | Dikuatkuasakan oleh hati dan tiada hukuman langgar etika-ialah persoalan hati |
2 | Tentukan batas yang pasti. Bila langgar batas itu jadi jenayah | Tentukan batas adapt, idealisme, keyakinan dan nilai moral |
3 | Mematuhi undang-undang belum pasti patuhi etika | Patuhi nilai dan kod etika pasti tidak melanggar undang-undang |
4 | Merupakan peraturan minimum untuk kawal jenayah | Lebih umum dan maksimum dari undang-undang dalam kawal jenayah |
5 | Penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan | Kembangkan peraturan sikap terhadap kelakuan baik & buruk dlm masyarakat |
6 | Tidak mencukupi untuk tentukan batas etika dan moral | Mencukupi untuk tentukan batas etika yang baik dan sebaliknya |
7 | Tidak liputi jadi panduan individu dan masyarakat yang pelbagai ragam | Batas kelakuan yang baik dan jahat yang liputi individu dan masyarakat pelbagai ragam |
8 | Banyak perkara yang tidak diambil kira undang-undang seperti dengki. Hanya jatuhkan hukuman kesan dengki (jenayah ) | Ambil kira perkara batin seperti jauhi dengki yang pasti terselamat daripada jenayah |
9 | Tidak ambil kira perkara samar-samar seperti ingkar nikmat dan khianat | Ambil kira semua perkara termasuk yang samar-samar |